Wednesday, October 28, 2009

penulis bengang

salam 1 malaysia...

harap maaf.entri kali ini benar - benar tidak mengikut format APA system dalam penulisan.ini adalah kerana penulis sangat tertekan.sudilah membaca luahan hati penulis.wat pertama kalinya, penulis merasa tidak hipokrit di dalam dunia blogging.

penulis sedang bengang tahap cipan.

Arggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…..ari ni aku sgt bengang…sampai ati korang wat aku macam ni.apa salah aku??????kerana bendalah dua kupang tu je ke??????

Pe kerana bendalah "batu ais" dua kupang tu korang bleh mati ke? Boleh spend lapan jam 40 inggit…tapi x leh 8 seconds untuk dua kupang??????

Nak suh aku lak yang pegi beli bendalah tu yang jauh untuk 2 kupang je…
Nak masam muka ngan aku coz aku x g bli bendalah dua kupang tu….
X ajak aku kuar arini coz semalam aku x beli bendalah tu…

Pe kes???????
Harap muka je putih…ati itam!!!!!!
Harap muka je lawa…..ati itam!!!!!!
Harap arghhhhh…………………………….

Aku tension la….npe korg cmni??????
Sakit ati aku tau….
Ske wat aku sakit ati……
Korg sedar x dh brp byk parut korg wat kt ati aku….

Bukan aku nk ungkit tp ati aku ni sakit tau…
Sape yg tahan kalu org yg rapat ngan dorg wat ati dorg luka selalu…
Aku je yg ngalah…yg jaga ati korg…
Tapi korg?????penah paham ati aku????

Ye…memang korg tgk aku ni hepi je…senyum2 kambing je slalu…
Tp dalam ati spe yg tau…ad korg try korek tny aku???
Xde…haram xde….kalu aku x citer,korg pun x tny…

B******
F***
B****

Hipokrit la…pura2 baik dr luaran je…
Tp dalam…tetap busuk…
X gne la…kata org mcm2,tp dri sendiri x sedar wat pe…

Pasal buku muka tu…yag tgh femes skang….perak….memang perak….
Baru sign up dh epi giler….baru ad bpe kerat frens…dah pasan gempak…
Ala…boleh la klu setakat view frens…ushar2 yg ensem…then, add req…memang la byk frens...
Blah la…tgk skrg spe yg gile fesbuk?????perasan bagus sgt…perasan diri tu mulia sgt….perasan diri tu x penah wat slh..perasan diri tu pompuan melayu terakhir…perasan diri tu lawa sangat5….

poyo giler....cam whoring...pastu pomot dlm fesbuk..ni gmbr kite ngan ehem2..ni gmbr kite kat sinun...blah la...gedik dlm diam ko tau x...

ni 1 kes lg...
bercakap dlm fon mcm org mengigau...
dlm tido mte pejam pun nk cakap dlm fon lg...tau la org ada BALAK...tapi klu dh ngantok tu tido je la...ingt suara tu x gedik ke...aku yang pompuan ni pun dengar dh naik bulu roma,apatah lg lelaki...wei, blah jugak utk ko...

huh...sorg masam, dua - dua nk masam ngan aku....!!!!!

Blah la wei…..blah la...

Bile aku citer benda yg aku ske…buat muka…ye memang aku asyik citer pasal 1 benda ni sebab aku sgt suke…aku dh bgtau sejak awal lagik..yg aku akan citer pasal benda ni pasal aku fanatik ngan benda ni..n korg kte korg x kisah nk dgr..tp skrg pe jadi ngan kte2 korg dulu?????ingat aku x reti tgk air muka org ke…aku tau la korg meluat dgr aku citer pasal benda tu…tp aku wat bodoh je coz aku nk luah pada spe klu x korg…xkan aku nk luah kat org umah sebelah kot…sedangkan korg 1 umah ngan aku…

Pastu klu korg citer benda yg korg ske,ad aku wat muka?????????aku dengar smpi korg abis citer kan??????aku bengang la….pasal ati lak….kalau korg sakit ati, abis sumer org korg masam….xreti2 nak jg muka tu xnk bg org len terasa…ni x,wat muka masam mcm la kite ni ad wat salah ngan dy…

Gelak???korg mrh klu org gelak kuat2…tp korg gelak cm setan tu xpe????????oooo….dlm umah xpe…..kat luar kene control ayu…control cun…control muslimah….ye la tu pompuan2….

Arghhhhhhhhhhhh….aku dh nek nyampah la ngan korg….

Dah tau diri tu x tahan jalan jauh…gedik2 nak pergi berjalan2 gak….pastu balik, wat muka cm u**** penat sgt panjat pokok…padahal diri sendiri yg cri pasal….blah la….pe kes nk masam muka ngan aku????
Bayangkan….dalam jarak lebih kurg 0.6 meter je pun, aku ckp ngan ko…ko leh wat bodo je?????????xnk ckp ngan aku????pe ingt aku ni nk sgt ke ckp ngan korng??????aku x kisah la….

aku boleh la beli makanan sorg...aku x kisah la kalu korg kuar outing x ajak aku...ak x kisah la klu korg xnk ckp ngan aku...aku x kisah la..blah lagi sekali utk korg...

Dh byk korg sakitkan ati aku….ati aku dh lali la….
Dh byk sgt…..klu ikutkan ati aku ni, nk je aku pindah umah tau x?????


akan ada banyak lagi entri seperti ini..tunggu n lihat..manusia yg bertopengkan kejahatan n busuk ati...

Friday, October 23, 2009

berubah habis

salam 1 Malaysia.

hari ini BMB terasa ingin mengupas isu mengenai perubahan penampilan.
banyak perubahan yang dapat kita semua lihat tetapi pada entri ini BMB ingin menceritakan mengenai perubahan dari segi penampilan terutamanya penampilan fizikal.

BMB tidak nafikan ada yang berubah penampilannya untuk tampil lebih menarik dan tidak salah sekiranya untuk tampil lebih cantik. walau bagaimanapun, biarlah perubahan itu adalah ke arah yang positif.

satu contoh mengenai perubahan yang positif adalah Datuk CT Nurhaliza.
walaupun tidak secara mendadak, tetapi ia perubahan yang positif.

beberapa contoh mengenai perubahan yang negatif :

1) BMB pernah menghadiri Majlis makan malam di tempat BMB bekerja satu ketika dulu.
kilang biasa sahaja. Tetapi BMB memang mengalami kejutan budaya apabila melihat supervisor BMB yang bertudung ketika waktu bekerja mengenakan gaun panjang yang ketat di badannya dan rambut palsu di kepalanya. dan ada lagi beberapa rakan sekerja senior yang berubah habis penampilannya pada malam itu.

2) BMB sekali lagi berpeluang mengahdiri majlis makan malam beradap di tempat BMB. dan pada kali ini BMB sudah dapat menerima kejutan budaya di sini. penampilan rakan- rakan BMB sememangnya berubah habis. walaupun tidak sampai ke tahap yang maksima tetapi sudah cukup untuk membuka mata kumbang - kumbang di situ.

BMB sertakan contoh sedikit sahaja kerana jika diberi lagi contoh yang lain risau juga andai BMB dikatakan membuka pekung di dada kaum Hawa ini.

bukanlah niat untuk mengumpat tetapi untuk memperingatkan diri BMB sendiri dan rakan - rakan blogger sekalian.

baik hawa mahupun adam.

Tuesday, October 20, 2009

bila minda bersuara

salam 1 malaysia

bila minda bersuara(BMB) memulakan hari dengan penuh harapan pada setiap hari BMB.
tapi ada sahaja yang membuatkan BMB terpanggil untuk menyuarakan suara minda BMB di sini.
BMB tiada saluran atau platform yang sesuai untuk BMB luahkan suara minda BMB.
jadi, penubuhan blog ini adalah salah satu cara BMB luahkan apa yang terbuku di minda BMB.

saban hari BMB lihat manusia.
macam - macam ragam manusia ni.

disebabkan ini adalah entri pertama BMB, biarlah BMB perkenalkan diri BMB dahulu.

BMB seorang manusia biasa yang masih menuntut di dalam negara tercinta.
BMB baru lagi di dunia ini,maksud BMB, BMB masih ada perjalanan yang panjang lagi untuk BMB tempuhi.
BMB telah lihat banyak perkara yang membuatkan BMB mempunyai 1001 rasa,pendapat,pandangan dan persepsi.
Alhamdulillah, bidang pengajian BMB membolehkan BMB memahami manusia dengan lebih mendalam lagi.
BMB tidak menafikan BMB ada saluran lain selain blog ini, tetapi di sini BMB lebih terbuka dalam penyusunan kata - kata yang disuarakan minda BMB.
BMB dapat luahkan apa yang ada di minda BMB tanpa tapisan dan tanpa ada mana - mana pihak terasa pedasnya, terasa panasnya, mahupun terkena getahnya.

apa yang disuarakan minda BMB berkisarkan kehidupan manusia sehari-hari termasuklah tingkah laku manusia, emosi manusia dan sikap manusia serta kognitif manusia.

jadi, untuk pengenalan ini, cukuplah sekadar itu yang kalian tahu kerana BMB tidak akan memperkenalkan diri BMB dengan terbuka kerana ia tidak akan menjadi satu rahsia lagi kan?

BMB tidaklah serius tetapi adakalanya, dalam situasi tertentu, kita perlu serius dan fokus.itu yang BMB amalkan.