Friday, October 23, 2009

berubah habis

salam 1 Malaysia.

hari ini BMB terasa ingin mengupas isu mengenai perubahan penampilan.
banyak perubahan yang dapat kita semua lihat tetapi pada entri ini BMB ingin menceritakan mengenai perubahan dari segi penampilan terutamanya penampilan fizikal.

BMB tidak nafikan ada yang berubah penampilannya untuk tampil lebih menarik dan tidak salah sekiranya untuk tampil lebih cantik. walau bagaimanapun, biarlah perubahan itu adalah ke arah yang positif.

satu contoh mengenai perubahan yang positif adalah Datuk CT Nurhaliza.
walaupun tidak secara mendadak, tetapi ia perubahan yang positif.

beberapa contoh mengenai perubahan yang negatif :

1) BMB pernah menghadiri Majlis makan malam di tempat BMB bekerja satu ketika dulu.
kilang biasa sahaja. Tetapi BMB memang mengalami kejutan budaya apabila melihat supervisor BMB yang bertudung ketika waktu bekerja mengenakan gaun panjang yang ketat di badannya dan rambut palsu di kepalanya. dan ada lagi beberapa rakan sekerja senior yang berubah habis penampilannya pada malam itu.

2) BMB sekali lagi berpeluang mengahdiri majlis makan malam beradap di tempat BMB. dan pada kali ini BMB sudah dapat menerima kejutan budaya di sini. penampilan rakan- rakan BMB sememangnya berubah habis. walaupun tidak sampai ke tahap yang maksima tetapi sudah cukup untuk membuka mata kumbang - kumbang di situ.

BMB sertakan contoh sedikit sahaja kerana jika diberi lagi contoh yang lain risau juga andai BMB dikatakan membuka pekung di dada kaum Hawa ini.

bukanlah niat untuk mengumpat tetapi untuk memperingatkan diri BMB sendiri dan rakan - rakan blogger sekalian.

baik hawa mahupun adam.

No comments:

Post a Comment