Tuesday, October 20, 2009

bila minda bersuara

salam 1 malaysia

bila minda bersuara(BMB) memulakan hari dengan penuh harapan pada setiap hari BMB.
tapi ada sahaja yang membuatkan BMB terpanggil untuk menyuarakan suara minda BMB di sini.
BMB tiada saluran atau platform yang sesuai untuk BMB luahkan suara minda BMB.
jadi, penubuhan blog ini adalah salah satu cara BMB luahkan apa yang terbuku di minda BMB.

saban hari BMB lihat manusia.
macam - macam ragam manusia ni.

disebabkan ini adalah entri pertama BMB, biarlah BMB perkenalkan diri BMB dahulu.

BMB seorang manusia biasa yang masih menuntut di dalam negara tercinta.
BMB baru lagi di dunia ini,maksud BMB, BMB masih ada perjalanan yang panjang lagi untuk BMB tempuhi.
BMB telah lihat banyak perkara yang membuatkan BMB mempunyai 1001 rasa,pendapat,pandangan dan persepsi.
Alhamdulillah, bidang pengajian BMB membolehkan BMB memahami manusia dengan lebih mendalam lagi.
BMB tidak menafikan BMB ada saluran lain selain blog ini, tetapi di sini BMB lebih terbuka dalam penyusunan kata - kata yang disuarakan minda BMB.
BMB dapat luahkan apa yang ada di minda BMB tanpa tapisan dan tanpa ada mana - mana pihak terasa pedasnya, terasa panasnya, mahupun terkena getahnya.

apa yang disuarakan minda BMB berkisarkan kehidupan manusia sehari-hari termasuklah tingkah laku manusia, emosi manusia dan sikap manusia serta kognitif manusia.

jadi, untuk pengenalan ini, cukuplah sekadar itu yang kalian tahu kerana BMB tidak akan memperkenalkan diri BMB dengan terbuka kerana ia tidak akan menjadi satu rahsia lagi kan?

BMB tidaklah serius tetapi adakalanya, dalam situasi tertentu, kita perlu serius dan fokus.itu yang BMB amalkan.

No comments:

Post a Comment